Sabtu, 2 April 2011

~Sukarelawan Banjir~

Assalamualaikum sume..
Ya Allah aku bersyukur kehadrat mu kerna Engkau telah memakbulkan doa ku agar negeri perlis ini tidak di tenggelami air lagi..
Alhamdulillah arini hujan telah berhenti..hanye gerimis saje..dan alhamdulillah ari ni aku telah berbakti kpada sebuah sekolah di perlis iaitu Sekolah Menengah Dato Sheikh Ahmad..walaupun agak penat tetapi aku rse brtuah mnjadi sukarelawan..dan brbakti kepada masyarakat..
Tepat jam 8.15 pagi, kami sume yang terlibat dalam aktiviti sukarelawan berkumpul dan mengesahkan nama kepada mpp yg terlibat. Selepas itu kami ke sekolah tersebut menaiki bas yang disediakan oleh pihak UniMAP. Pada mulanya, kami tersalah pergi ke Sekolah Menegah Syed Ahmad..nama pun seakan same kan..selepas tue kami teruskan perjalanan kami ke Arau..rupa-rupanya sekolah itu berdekatan dengan matrikulasi perlis. Kami tiba dan disambut oleh beberapa orang guru dan pihak UniMAP. Mula-mula tue ada rase segan dan malu jugak sebab dah lame tak buat aktiviti masyarakat. Tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan saya di kalangan kumpulan dua.
Kami ditugaskan untuk membersihkan bilik ERT iaitu bilik masakan..saat pertama kali aku melihat tempat yang dilanda banjir..pertama sekali yang saya fikirkan adalah kekuasaan Allah..Masyaallah begitu dasyat skali kesan yang diterima atas ujian dari-Nya. Bilik tersebut dipenuhi lumpur brwarna coklat di lantai..pertama kali jugak aku menghadapi situasi seperti ini. Apalagi kami terus ambik penyapu dan pencuci lantai untuk membuang segala lumpur-lumpur yang ada di lantai..
Saat membersihkan bilik tersebut, aku teringat kembali ketika ku masih di alam kanak-kanak di mana setiap kali menjelang hari raya aku, mak dan adik-adik pasti akan mencuci dapur..ketika itu la macam-macam gelagat adik-adik ku terserlah..ada yang main luncur air..ada yang main simbah..dan ada jgk yang tolong mencuci. Bila diingat kembali saat tue..aku merindui keluarga ku yang jauh di selatan. Terlalu merindui untuk melalui saat-saat seperti itu sekali lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan