Jumaat, 22 April 2011

miss my family so much

Selamat Pagi..
Hari ini aku nak pergi ke library tapi geng-geng library ku semuanya ada paper exam arini. Haiii terpaksa la aku tangguhkan niat itu dulu. Malam tadi mak tepon. Miss my mum so much...and also my anak buah, Amirul. Ohh God miss themm so much. walaupun hanye dapat borak kejap je tapi dah cukup bagi aku. Aku jugak ada bagitau yang ada orang nak tolong aku tapi aku tak bagitau sape lagi. Biarlah ianya menjadi rahsiaku seorang. But i also miss him so much..bila dia nak balik ni...x sabar nak chat dengan dia. Dia la teman ku untuk berborak sekarang. Yang semua nye macam biskut chipsmore kejap ada kejap takde..kadang
-kadang aku sendiri keliru. betul ke diorang ni sayang kan aku kalo sayang mesti selalu contact aku kan..ni hampir seminggu lebih tak contact..pastu senang je bagi alasan sibuk. Orang lain pun sibuk jugak tapi ada masa nak contact tanya khabar sihat ke tak...
Pagi ni aku bangun awal..biasa la kan aku akan on9 kat luar and time buka pintu tue keluar lah bunyi yang agak bingit sikit..aku buat donoh jela..smpai la aku nak pergi mandi aku nak buka pintu almari..lagi sekali bunyi yang agak kuat keluar..apalagi melenting la dia..cakap memekak. Padahal diri sendiri pun same je jugak. Selalu tu kol tengah malam cakap kuat-kuat boleh pulak langsung tak hiraukan yang aku nak tidur ni. Tapi aku masih boleh sabar dan diam lagi. Kalo ikut hati aku ni dah lama aku maki hamun dia tapi bila ingat kembali sunnah Rasulullah aku kembali beristighfar. Biarlah dia nak buat apa yang dia suka aku malas nak layan lagi. Tapi jangan sampai wat aku mula membenci dirimu. Sekali aku benci selama-lamanya aku takkan ambik tau pasal seseorang tue walaupun dalam hati bicara lain. Aku lebih senang macam ni menyendiri dan mendiamkan diri sendiri..Sabarlah wahai hati setiap dugaan yang datang pasti ada hikmahnya. Biarlah dia nak kata apa pun hanya Allah yang akan balas semua itu. Kiter hanya mampu berdoa agar Allah beri kite kekuatan dan ketenangan dalam hati ini.

Rabu, 20 April 2011

Minggu Peperiksaan

assalamualaikum..
ari ni aku happy sangat sebab dapat mengenali seseorang tue dengan lebih rapat. Nama dia Haikalalif. Dia ni kerja kat Petronas jugak tp kt pelantar tengah laut.Ya Allah memang dia memenuhi ciri-ciri seorang suami yang ku ingin kan. Tapi aku masih harus berdoa kepada Nya agar beri aku petunjuk yang betul. Dan agar aku jugak tidak melukai hati-hati lelaki yang aku telah kenali sebelum dirinye. Aku terasa diriku bahagia sangat. Seolah-olah mendapat nafas baru. Aku hanya mampu berdoa agar diriku dikurniakan seorang teman yang boleh bimbingku dunia dan akhirat.
Sekejap je kan waktu berlalu. Sekarang ni aku dah final exam untuk semester 4. Alhamdulillah paper prtama aku boleh jawab dengan baek tapi takla 100% sekarang ni aku perlu fokus pada paper kedua yang akan menjelang pada hari sabtu ni. Subjek kali ini memang agak tough sikit. semuanya teori. Tinggal lagi lima paper yang aku harus tempuh lagi. Aku harap aku dapat menghadapi semua paper dengan sebaik mungkin.
ermm smpai sini je dulu ku coretan diariku hari ini. Nak bersiap-siap ke Kangar dengan teman baik ku Saiyidah. Ada mase akan ku update lagi. Insyaallah

Jumaat, 8 April 2011

Surah Mujarab dari Nabi Muhammad S.A.W.

SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda :

"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."

5. SURAH AL-KHAUTHAR Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."

Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."

Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."

10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Sabtu, 2 April 2011

~Sukarelawan Banjir~

Assalamualaikum sume..
Ya Allah aku bersyukur kehadrat mu kerna Engkau telah memakbulkan doa ku agar negeri perlis ini tidak di tenggelami air lagi..
Alhamdulillah arini hujan telah berhenti..hanye gerimis saje..dan alhamdulillah ari ni aku telah berbakti kpada sebuah sekolah di perlis iaitu Sekolah Menengah Dato Sheikh Ahmad..walaupun agak penat tetapi aku rse brtuah mnjadi sukarelawan..dan brbakti kepada masyarakat..
Tepat jam 8.15 pagi, kami sume yang terlibat dalam aktiviti sukarelawan berkumpul dan mengesahkan nama kepada mpp yg terlibat. Selepas itu kami ke sekolah tersebut menaiki bas yang disediakan oleh pihak UniMAP. Pada mulanya, kami tersalah pergi ke Sekolah Menegah Syed Ahmad..nama pun seakan same kan..selepas tue kami teruskan perjalanan kami ke Arau..rupa-rupanya sekolah itu berdekatan dengan matrikulasi perlis. Kami tiba dan disambut oleh beberapa orang guru dan pihak UniMAP. Mula-mula tue ada rase segan dan malu jugak sebab dah lame tak buat aktiviti masyarakat. Tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan saya di kalangan kumpulan dua.
Kami ditugaskan untuk membersihkan bilik ERT iaitu bilik masakan..saat pertama kali aku melihat tempat yang dilanda banjir..pertama sekali yang saya fikirkan adalah kekuasaan Allah..Masyaallah begitu dasyat skali kesan yang diterima atas ujian dari-Nya. Bilik tersebut dipenuhi lumpur brwarna coklat di lantai..pertama kali jugak aku menghadapi situasi seperti ini. Apalagi kami terus ambik penyapu dan pencuci lantai untuk membuang segala lumpur-lumpur yang ada di lantai..
Saat membersihkan bilik tersebut, aku teringat kembali ketika ku masih di alam kanak-kanak di mana setiap kali menjelang hari raya aku, mak dan adik-adik pasti akan mencuci dapur..ketika itu la macam-macam gelagat adik-adik ku terserlah..ada yang main luncur air..ada yang main simbah..dan ada jgk yang tolong mencuci. Bila diingat kembali saat tue..aku merindui keluarga ku yang jauh di selatan. Terlalu merindui untuk melalui saat-saat seperti itu sekali lagi.