Selasa, 3 Januari 2012

~FIRST EXAMINATION~

Assalamualaikum semua..

syukur ke hadrat Ilahi kerana kita semua masih lagi bernafas di muka bumi ini. Alhamdulillah hari ini peperiksaan ku berjalan dengan lancar. Aku mampu menjawab semua soalan sebaik mungkin..cume tak pasti la jawapan yang ku beri betul ke tidak..Esok aku takde apa-apa paper..so boleh relaks la..memang agak penat la arini..first day exam dah kene perah otak untuk dua paper..memang agak letih dan penat la otak nie..pasni aku nak tumpu pulak pada subjek Managerial Accounting atau dalam bahasa melayu nye Pengurusan Perakaunan.
Aku harap kali ini aku dapat memberikan sepenuh komitmen ku pada final exam. Aku ingin menaikkan kembali result ku dan ingin memperolehi 3.0...

Nak tau arini tak tau nape aku rindukan seseorang..padahal kiteorang baru je kenal dan jadi sebagai kawan..dia kata nak tepon aku malam ni tapi sampai sekarang aku masih menanti panggilan dari dia. Emmm maybe dia sibuk kot ataupun tengah rehat..yela dahla dia keje kat pelantar aku pun tak tau bila la time dia rehat dan tido...kadang-kadang aku tak tau apa yang Allah tentukan untuk aku...tepat pada masenye aku terima panggilan dari dia...aku tak tau nape hati aku ni gembira bila dia tepon...macam tau-tau je aku tengah duk cerita dia...walaupun sekejap je kiteorang borak-borak tapi aku rase puas dapat borak dengan dia. Walaupun dia tua 16 tahun aku selesa berkawan dengan dia. Hati ni pun kadang-kadang dup dap dup dap bila borak-borak dengan dia..entahla kan susah benar nak cari teman hidup yang benar-benar ambil berat pada kite...
Aku hanye mampu tunggu untuk 7 bulan ni kalo la lelaki yang telah melamar aku tu memungkiri janji...Insyaallah kalo la dia yang bernama J tu hantar rombongan meminang dan berjumpa dengan keluargaku aku akan terima lamaran dia..Wallahualam semuanya terpulang pada Dia Yang Maha Berkuasa..
aku tak kisah tentang jarak umur yang terlalu jauh..asalkan dia mampu mendidik aku dunia dan akhirat...

Isnin, 2 Januari 2012

Selamat Datang 2012

Alhamdulillah akhirnye kita diberi nikmat untuk terus menjalani kehidupan di atas muka bumi ini..
syukur ke hadrat mu Ya Allah..aku diberi peluang untuk meneruskan perjuangan ku di alam universiti.
tahun 2011 telah pergi digantikan dengan tahun 2012. Walaupun tahun 2011 adalah tahun di mana aku banyak belajar erti kehidupan dan persahabatan. Banyak kejadian yang tak ku duga telah berlaku pada tahun 2011.. Harapan ku tahun 2012 lebih mendidik diriku untuk menjadi seorang muslimah yang taat perintah Nya dan kedua ibu bapa ku.
Esok bermula la perjuangan ku di medan pertempuran peperiksaan. Walaupun persediaan telah dilakukan seminggu awal tetapi hati ini masih merasa tidak tenang..Ya Allah aku bermohon pada Mu agar Kau permudahkan segala urusanku. Tahun ni jugak aku telah mengenali seorang lagi insan bernama lelaki di dalam Skype..aku tak tau apa yang Allah telah tentukan untuk diriku..Mengapa harus ada lagi lelaki yang harus hadir dalam hidup ku??? Entah la..aku hanye mampu berserah kepada Nya siapa jodoh dan teman ku kelak. Kita hanye mampu merancang tapi Dia la yang Maha menentu dan mengatur segala-galanye..Wallahualam..
Tahun ni juga merupakan tahun akhirku di Universiti Malaysia Perlis..tidak sabar rasenye ingin menghabiskan pembelajaran ku di sini tapi aku jugak pasti akan merindui saat-saat ni di mana banyak pengalaman yang aku timba bersama rakan-rakan. Walaupun susah untuk aku lupekan apa yang telah rakan baik ku telah lakukan pada aku..aku redha segala-gala nye dan aku hanye mampu berdoa agar dia berubah dari sikap dia yang dulu..
Oklah semua cukup sampi di sini saja perkongsian saya dengan anda semua..ada mase lagi saya akan update lagi..dan azam tahun ni adalah aku ingin sentiasa mengupdate blog aku yang jarang aku nukilkan dengan cerita-cerita dan informasi terkini..Sekian
SAYONARA!!!