Selasa, 13 Disember 2011

Motivasi diri: cara mendapat semangat luar biasa


 Cara mendapat semangat luar biasa
Oleh: Irfan Khairi
Saya ada baca buku ini yang agak menarik "The Outsider's Edge" oleh Brent D Taylor. Buku tersebut menerapkan konsep mengenai mereka yang tesisih dan mereka yang gagal... lagi mudah mencapai kejayaan!

Dalam buku tersbeut di beri contoh Oprah Winfrey, bagaimana daripada seorang anak yatim piatu, menjadi billionaire. Kalau nak tengok contoh terdekat, bagaimana Tan Sri Mokhtar Bukhary daripada hidup susah di rumah papan tanpa katil, menjadi seorang billionaire.
Jawapannya- the Outsider's Edge.
Maksudnya, mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan.
Dari perkataan "Outsider" menunjukkan mereka yang "diluar"...
Jadi di situ lah kita dapat lihat juga, mengapa ada orang Indonesia datang ke Malaysia jalankan perniagaan menjadi Jutawan. Bagaimana mereka yang hidup susah, tetapi diberi peluang, mencapai kejayaan yang cemerlang. Mereka yang gagal dalam perniagaan berkali-kali boleh berjaya juga akhirnya.
Bagi diri saya juga, apa yang memotivasikan saya untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet adalah kegagalan saya 10 tahun lalu di mana saya hanya mendapat 3 pelanggan selama setahun. Bila terasa diri tersisih, atau gagal, maka, di situ timbul semangat luar biasa untuk berjaya.
Kalau kita belum mencapai kejayaan cemerlang, mungkin juga kerana kita belum pernah gagal-segagal-gagalnya yang memaksa kita ke dalam keadaan Outsider's Edge untuk timbulkan semangat luar biasa!

p/s saya ambik dari email saya..saje nak berkongsi bersama rakan-rakan sekalian. Harap kite tidak mudah putus asa dengan kegagalan yang pernah melanda diri kita

Selasa, 29 November 2011

 ۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

 ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

 ۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

 ۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

 ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

 ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

 ۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

 ۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

 ۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

 ۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. 

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
 ۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je
 ۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
 ۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
 ۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. ۞
 Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
 Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. ۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. ۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!' Sebar-sebarkan info ini Wahai SaudaraKu~ Jangan kita malas dan mengalah….ini mungkin menjadi setitik amal jariah yang bakal terhimpun menjadi telaga di akhirat nanti…

Ahad, 20 November 2011

Solat Selepas Haid

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..
Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

p/s: Saya temui nota ini di dalam facebook saya yang di post oleh rakan saya. Harap amat berguna bagi kaum hawa sekalian yang ada di muka bumi ini..

Sabtu, 19 November 2011

emm..arini genapla dua bulan aku belajar di UniMAP. Pelbagai ragam dan perangai yang dapat aku lihat sejak hampir 2 tahun setengah aku belajar di sini. Alhamdulillah tahun ni aku dapat join program SME internship. Dapat la aku tampung duit perbelanjaan sikit dengan adanye elaun. Sebulan aku dapat RM600. Kali dengan 4 bulan ada la dalam 2000 lebih aku dapat..Sekarang musim hujan di bumi Perlis, ni pun aku tak berape sihat, rase macam nak demam. Tapi aku kuatkan diriku untuk melawan sakit ni.. Apa aku nak cerite ye..dah lame aku tak update blog ni..bila nak update je mesti ada hal tak pun internet takde. Arini aku borak2 jap je dengan abang..sian dia demam same macam aku kene hujan semalam. Rasenye sekarang ni dia dah ada kat tempat keje dia. Aku harap dia cepat sembuh dan sihat sentiasa.
Bagi diri ku sekarang dia segala-gala nye untuk aku selepas family aku. Cukup la dia seorang aku dah tak sanggup lagi mempermainkan perasaan dia dan juga perasaan aku sendiri. Aku sayang dia sangat2. Dia cakap insyaallah tahun depan dia akan masuk meminang aku..punye la aku terkejut. Tapi aku tak kisah pun asalkan kite orang tak buat bende yang tak elok bila jumpe nanti. Aku gembira sangat bersamanye walaupun kiteorang langsung tak pernah jumpe..ditekankan TAK PENAH JUMPE..hampir dua tahun juga la..kiteorang just contact melalui mesej or calling. Dia memang sangat baik pada aku. Sentiase mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap diriku. Walaupun aku pernah kecewakan dia tapi dia tak pernah ambik kisah pun..yang penting bagi dia aku menjadi hak milik dia tak kira apa cara sekalipun dia lakukan untuk mendapatkan diri ku. Aku terharu sangat dengan apa yang dia lakukan..aku harap jodoh kite orang berpanjangan sehingga ke akhir hayat..

Jumaat, 21 Oktober 2011

Dream High OST Lyrics

Dream High - Suzy (miss A), Wooyoung & Taecyeon (2PM), JOO, Kim Soo Hyun ( OST Dream High )




I Dream High nan kkumeul kkujyo
Hindeul ttaemyeon nan nuneul gamgo
Kkumi irweojineun geu sunganeul
Gyesok tteoollimyeo ireonajyo

Duryeoumeui kkeuteseo nan
Oneuldo heundeullijyo
Tteorejilkka bwa naraoreuji mothaneun
Eorin saecheoreom

Jakku naega hal su inna
Nae kkumi irweojilkka
Naeditneun georeum han georeum georeumi dashi
Duryeoweo jil ttaemada

I Dream High nan kkumeul kkujyo
Himdeul ttaemyeon nan nuneul gamgo
Kkumi irweojineun geu sunganeul
Gyesok tteoollimyeo ireonajyo

I can fly high naneun mideoyo
Eonjenganeun jeo haneulwiro
Nalgaereul pyeogo nugubodado
Jayurobge nopi nara oreul geoeyo

Neomeojin nal ireukkyeo jul
Yonggiga phiryohajyo
Meonjireul teolgo dashi ireona tto han beon
Ttwieogal yonggiga

Dashi han beon nareul midgo
Naeui unmyeongeul midgo
Modeun geol geolgo nae kkiboda nopeun byeogeul
Ttwieo neomeulgeoeyo ~Oh

I Dream High nan kkumeul kkujyo ( kkumeul kkujyo )
Himdeul ttaemyeon nan nuneul gamgo
Kkumi irweojineun geu sunganeul
Gyesok tteoollimyeo ( dashi ) ireonajyo ( Oh )

I can fly high naneun mideoyo
Eonjenganeun jeo haneulwiro ( jeo haneulwiro )
Nalgaereul pyeogo nugubodado
Jayurobge nopi ( nan ) nara oreul geoeyo

Dream high a chance to fly high
Apeumdeureun ijen modu da bye bye
Haneure inneun jeo byeoldeul
Cheoreom nopi narabwa ni kkumdeureul
Pyeolchyeo boneun geoya time for you to shine
Ijebuteo shijagiya gotta make ‘em mine 

Ni soneuro irweoga mirael duryeoweo hajima
Ijen himkkeot jashinitge georeoga
Destiny sukmyeongiji meomchul su eopneun
Unmyeongi jigeum uri nunape pyeolchyeojiji
Igeon neoreul wihan whole new fantasy
Geureoni ijebuteo yeogi soneul jaba
Urieui mikpyoneun jigeumbuteo hana
Kkumgwa mirae pogi haji anha
Jeolmeum yeoljeong yeogi moduda Dream High

I Dream High nan kkumeul kkujyo ( kkumeul kkujyo )
Himdeul ttaemyeon nan nuneul gamgo ( nuneul gamgo )
Kkumi irweojineun geu sunganeul
Gyesok tteoollimyeo ireonajyo ( Oh )

I can fly high naneun mideoyo ( mideoyo )
Eonjenganeun jeo haneulwiro ( jeo haneulwiro )
Nalgaereul pyeogo nugubodado
Jayurobge nopi nara oreul geoeyo

 Dream High - Suzy (miss A), Wooyoung & Taecyeon (2PM), JOO, Kim Soo Hyun ( OST Dream High ) English

I dream high I dream a dream
When it's tough, I close my eyes and
The moment my dream comes true
continue to recall and get up
at the end of fear today too I tremble

Like a baby bird, would it fall, unable to fly
repeatedly I can do it, can my dream come true
every time I'm fearful, my belief walking step by step again

I dream high I dream a dream

When it's tough, I close my eyes and
The moment my dream comes true
continue to recall and get up

I believe I can fly high

one day me above the sky
wings stretched out, more free than anyone else
flying rising high
I need bravery to overcome
firstly pick myself up rise again and dare to run

once again believe in me and my destiny

climb over every wall taller than me

I dream high I dream a dream
When it's tough, I close my eyes and
The moment my dream comes true
continue to recall and get up
I believe I can fly high

one day me above the sky

wings stretched out, more free than anyone else
flying rising high
Dream high a chance to fly high
Now bye bye to all that hurts

try flying high like the stars in the sky

your dream will unfold
starting from now
don't be afraid of the future made by your hands
now walk totally confident

unstoppable destiny is destiny

now we soar up high
for you, this whole new fantasy
so from now, take my hand here
from now on, our aim
one dream and not give up
youthful passion all here dream high

I dream high I dream a dream

When it's tough, I close my eyes and
The moment my dream comes true
continue to recall and get up

I believe I can fly high

one day me above the sky
wings stretched out, more free than anyone else
flying rising high

Jumaat, 30 September 2011

Le Tour De Melaka@Jalan-Jalan Cuci Mata ^_^



Sabtu lepas, aku dan kawan-kawanku keluar berjalan-jalan menikmati keindahan negeri Melaka. Kami pergi ke tempat bersejarah menaiki bas. Agak lama jugak la aku tidak menaiki bas...kira-kira setahun lebih dah. Perjalanan dari Melaka Sentral ke Banda Hilir mengambil masa 15-20 minit..itu belum lagi kalo jalan jam..tak tau la berapa jam nak masuk ke Banda Hilir. Kami tiba di Bangunan Stadhuys atau Bangunan Merah dalam pukul 3 lebih. 

Bergambar di kawasan parking beca berlatarkan Bangunan Merah

Selepas itu, kami mendaki Bukit St. Paul. Di atas bukit tersebut terletaknya bangunan Gereja St Paul yang wujud ketika kerajaan Melaka dahulu kala.                                                                                                                                                                     
Pemandangan dari atas Bukit St Paul
 

Bergambar semasa berjalan di Bukit St.Paul    


  
Dihadapan bangunan A'Famosa

  Pada waktu malam pula, kami pergi berjalan-jalan di Rivers Cruise Melaka. Tempat ini terletak di Taman Rempah. Di sine terdapat bot atau lebih dikenali sebagai cruise untuk membawa pelancong mengelilingi bandar Melaka bersejarah dengan melalui laluan Sungai Melaka. Di sepanjang laluan sungai Melaka terdapat banyak bangunan lama seperti perkampungan Morten. gerai-gerai, tempat perfileman dahulu serta air pancut berirama.   


Sempat berposing semasa menunggu giliran untuk menaiki cruise
Ketika menaiki cruise bersama teman-teman ku
Wah, cantiknye pemandangan bangunan itu! kataku dalam hati

 Memang best giler la naik cruise melihat pemandangan sepanjang laluan Sungai Melaka. Rase macam nak tinggal dekat situ je..tak nak balik dah..hehehe
Apa-apa pun aku gembira sangat dapat tunjuk kepada teman-teman negeri bersejarah tempat aku dilahirkan.

p/s setelah hampir sebulan lebih cerita ini disimpan baru sekarang dapat publish

Jumaat, 22 Julai 2011


SABHI SADDI FT HELENA
TANPAMU ~ OST NUR KASIH THE MOVIE
~LAGU YG AMAT MENYAYAT HATI DAN BANYAK MAKSUD TERSIRAT~
HARAP ANDA SEMUA HAYATI DAN TERHIBUR ^_^

Samarinda Anissa


Malam semalam merupakan penamat segala kekusutan dan kesulitan yang terjadi kepada 4 sahabat ini. Memang agak sedihlah aku tengok drama nie...nak nangis pun ada. Kawan yang kita sayangi dan percayai sanggup khianati rakannya sendiri semata-mata tamak terhadap kekayaan dan ingin hidup lebih senang. Akibatnya persahabatan yang terjalin sejak di bangku sekolah terputus begitu sahaja dan syak wasangka antara rakan-rakan mula menguasai diri. Bagi saya drama ni banyak beri pengajaran. Antaranye:
  • Jangan mudah percaya pada kawan..nk percaya boleh but not 100% ^_^
  • Jangan tamak dengan kekayaan dan duit yang ada untuk kesenangan diri sendiri...duit kemana persahabatan yang tergadai
  • Jangan khianati kawan yang menyayangi kita
  • Jangan la kite berdendam sehingga ingin mengorbankan rakan kita sendiri
  • Jangan sesekali tikam kawan dari belakang..x baikkk
  • Kita mestilah terima takdir yang telah menimpa keatas diri kite seadanya kerana semua yang berlaku ada hikmahnya..
  • Segala yang terjadi semuanya kehendak ALLAH
So, sama2 la kita menjaga persahabatan yang sedia ada dan jangan sesekali khianati persahabatan yang telah terjalin sekian lama.

Selasa, 21 Jun 2011

surah Al nisa (Perempuan-perempuan)

Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).

4-1: Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kamu kepada Rab (Tuhan) kamu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu, dan daripadanya dijadikan jodohnya, kemudian daripada kedua-duanya Dia (Allah) membiakkan laki-laki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu saling tanya-bertanya tentang-Nya (tentang Allah), dan (peliharalah) hubungan (silat’ur-rahim) kekeluargaan. Sesungguhnya Allah adalah al-Raqib (Pengawas) atas kamu.
4-2: Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah mencapai baligh) harta mereka, dan janganlah kamu menukarkan yang baik dengan yang buruk; dan jangan kamu memakan harta mereka (dengan mencampur-adukkannya) pada harta kamu, sesungguhnya itu dosa besar.
4-3: Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap anak yatim (dengan mengahwini anak yatim perempuan), maka kahwinlah perempuan-perempuan (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat (lebih ringan jika dibandingkan dengan menjaga hak anak yatim yang dinikahi). Tetapi jika kamu takut tidak berupaya berlaku adil, maka (cukuplah mengahwini) satu orang sahaja, atau hamba yang kamu miliki, (kerana) yang demikian lebih hampir kepada tidak berbuat aniaya.
4-4: Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan (yang kamu kahwini) mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka memberikan kepada kamu sebahagian daripadanya dengan rela hati, maka makanlah dengan cukup dan puas.
4-5: Dan janganlah kamu serahkan kepada orang yang tidak sempurna akalnya harta yang Allah jadikan kamu penjaganya; dan berilah kepada mereka perbelanjaan dan pakaian, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada mereka.
4-6: Dan kamu selidikilah anak-anak yatim itu, sehingga mereka layak berkahwin. Kemudian sekiranya  kamu perhatikan mereka sudah ada kecerdikan, maka serahkanlah harta mereka kepada mereka; dan janganlah kamu memakan harta itu dengan berlebihan dan tergesa-gesa (menghabiskannya) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (antara penjaga harta anak yatim) yang berkemampuan, hendaklah dia menahan diri (tidak membelanjakan harta anak yatim itu), dan sesiapa yang miskin, maka bolehlah dia memakannya secara patut. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta mereka, hendaklah kamu adakan saksi-saksi. Dan cukuplah Allah sebagai al-Hasib (Penghitung).
4-7: Orang laki-laki ada bahagian daripada peninggalan ibu bapa dan keluarganya yang dekat, dan orang perempuan juga ada bahagian daripada peninggalan ibu bapa dan keluarganya yang dekat, sama ada sedikit atau banyak; iaitu menurut bahagian yang sudah ditetapkan (oleh Allah).
4-8: Dan apabila hadir kerabat (yang tidak berhak mendapat pesaka), dan anak-anak yatim serta orang miskin, maka berikanlah kepada mereka (sekadarnya) daripada harta itu, dan ucapkan kepada mereka perkataan yang baik-baik.
4-9: Hendaklah seseorang (patut) berasa bimbang meninggalkan keturunan yang lemah, yang dikhuatirkan tentang (keselamatan dan kesejahteraan) mereka. Bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang baik-baik.
4-10: Sesungguhnya orang yang memakan harta anak-anak yatim secara aniaya, nescaya mereka itu akan menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala.
4-11: Allah mewasiatkan kepada kamu mengenai anak-anak kamu, bahawa bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan. Jika anak-anak perempuan melebihi dua orang, maka bahagian mereka dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan. Dan jika hanya seorang sahaja (anak perempuan), maka dia memperolehi separuh (daripada harta yang ditinggalkan). Dan bagi kedua-dua ibu bapa (si mati), masing-masing (mendapat) satu perenam daripada harta yang ditinggalkan, sekiranya yang meninggal itu mempunyai anak. Jika dia tidak mempunyai anak dan ahli warisnya hanya kedua-dua ibu bapanya, maka bahagian ibunya satu pertiga. Jika yang meninggal itu mempunyai beberapa orang saudara, bahagian ibunya satu perenam, sesudah  wasiatnya dipenuhi dan hutangnya dijelaskan. (Tentang) orang tua kamu dan anak-anak kamu, tidaklah kamu ketahui siapakah antara mereka yang lebih manfaatnya bagi kamu. (Semuanya itu) adalah ketetapan daripada Allah. Dan Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
4-12: Dan bahagian kamu separuh daripada harta peninggalan isteri-isteri kamu, sekiranya mereka itu tidak mempunyai anak. Jika mereka mempunyai anak maka bahagian kamu ialah satu perempat daripada harta peninggalan mereka, (iaitu) sesudah wasiat mereka dipenuhi dan hutang mereka dibayarkan. Dan bagi isteri-isteri, bahagian mereka ialah satu perempat daripada harta peninggalan kamu sekiranya kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak maka bahagian mereka ialah satu perlapan daripada harta peninggalan kamu sesudah dipenuhi wasiat kamu dan hutang kamu dibayarkan. Dan jika seorang yang meninggal, baik lelaki atau perempuan, tidak meninggalkan ibu bapa dan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki atau seorang saudara perempuan, maka bahagian masing-masing daripada kedua-dua saudara itu ialah satu perenam. Tetapi jika mereka melebihi daripada seorang, maka berkongsilah mereka  pada satu pertiga, sesudah dipenuhi wasiat dan dibayarkan hutang (si mati), dengan tidak menyusahkan (ahli waris). Itulah ketetapan dari Allah, dan Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Halim (Maha Penyantun).
4-13: Begitulah ketentuan daripada Allah. Dan sesiapa taat kepada Allah dan rasul-Nya (rasul Allah), nescaya akan dimasukkan ke dalam jannah (taman/syurga) yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Mereka kekal di dalamnya; dan demikian itulah kemenangan yang besar.
4-14: Dan sesiapa menderhakai Allah dan rasul-Nya (rasul Allah), dan melanggar batas-batas-Nya (hukum Allah), nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka. Mereka kekal di dalamnya dengan azab yang menghinakan.
4-15: Dan (mengenai) perempuan yang melakukan perbuatan keji, maka hadirkanlah empat orang saksi antara kamu. Kemudian jika mereka telah memberikan kesaksian, kurungkanlah perempuan-perempuan itu di dalam rumah sehingga mereka menemui ajal, atau sehingga Allah mengadakan jalan lain untuk mereka.
4-16: Dan (mengenai) dua orang (lelaki sama lelaki) yang melakukan perbuatan keji antara kamu, maka hukumlah mereka, tetapi jika mereka bertaubat dan memperbaiki diri mereka, maka lepaskanlah mereka keduanya. Sesungguhnya Allah adalah al-Tawwab (Maha Penerima taubat), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).
4-17: Sesungguhnya taubat yang diterima Allah adalah bagi orang yang mengerjakan kejahatan kerana kejahilan, kemudian mereka bertaubat dengan segera. Taubat merekalah yang diterima Allah. Dan Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
4-18: Dan bukanlah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan sehingga maut datang kepada seseorang antara mereka, lalu dia berkata: “Bertaubatlah aku sekarang.” Dan bukan juga (bagi) orang yang mati dalam kekafiran; bagi mereka Kami (Allah) sediakan azab yang pedih.
4-19: Wahai orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempesakai wanita-wanita secara paksa. Dan janganlah kamu menyusahkan mereka lantaran kamu mahu mendapatkan sebahagian daripada apa yang kamu telah berikan kepada mereka, melainkan jika mereka melakukan kekejian yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara yang patut (sekalipun) kamu tidak menyukai mereka, kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah mengadakan kebaikan yang banyak padanya.
4-20: Dan jika kamu ingin menggantikan isteri kamu dengan isteri yang lain, sedangkan kamu telah memberikan harta yang banyak kepada seseorang daripada mereka, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya walaupun sedikit. Apakah (patut) kamu mengambilnya kembali secara dusta dan dosa yang nyata?
4-21: Bagaimana (patut) kamu mengambilnya kembali padahal sebahagian kamu sudah bergaul dengan sebahagian yang lain (sebagai suami isteri), dan mereka sudah mengambil janji yang teguh daripada kamu?
4-22: Dan janganlah kamu kahwini perempuan yang pernah dikahwini oleh bapa kamu kecuali (yang berlaku) pada masa lampau. Sesungguhnya perbuatan itu sangat keji, dibenci dan seburuk-buruk jalan.
4-23: Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan daripada saudara-saudara kamu yang lelaki, anak-anak perempuan daripada saudara-saudara kamu yang perempuan, ibu-ibu susuan kamu, saudara perempuan yang sepersusuan (ibu susuan yang sama), ibu-ibu isteri kamu, anak-anak perempuan isteri kamu yang dalam pemeliharaan kamu daripada isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum mencampuri mereka (isteri-isteri kamu), maka (setelah menceraikan isteri kami itu) tidak berdosa kamu mengahwininya (anak isteri kamu yang sudah diceraikan itu). Dan (diharamkan mengahwini) isteri-isteri anak kandung kamu dan menghimpun dua perempuan yang bersaudara, kecuali (yang berlaku) pada masa lalu. Sesungguhnya Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).

JUZUK 5
4-24: Dan (diharamkan juga) perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali yang dimiliki oleh tangan kanan kamu. (Demikianlah) ketetapan Allah ke atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian buat kamu mencari (isteri) dengan harta kamu untuk dikahwini, bukan untuk berzina. Maka isteri-isteri yang sudah kamu campuri antara mereka, hendaklah kamu berikan mas kahwin mereka sebagai satu kewajipan, dan tidak berdosa bagi kamu terhadap sesuatu yang saling rela-merelakan daripada (mas kahwin) yang sudah ditentukan. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
4-25: Dan sesiapa antara kamu yang tidak mampu mengahwini perempuan-perempuan merdeka yang beriman, (maka bolehlah mengahwini perempuan-perempuan) daripada yang dimiliki oleh tangan kanan kamu, (iaitu) budak-budak perempuan kamu yang beriman. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu. Sebahagian daripada kamu adalah daripada sebahagian yang lain (sama kedudukan yang merdeka dan budak-budak yang dimiliki), lantaran itu kahwinilah mereka dengan izin tuan mereka, dan berikanlah mas kahwin sepatutnya, sedang mereka adalah perempuan-perempuan yang memelihara diri, bukan penzina dan bukan gundik. Maka apabila mereka telah menjaga diri (berkahwin), kemudian mereka melakukan perbuatan keji (berzina), maka hukuman bagi mereka adalah separuh daripada hukuman terhadap perempuan-perempuan merdeka yang bersuami. Demikianlah (aturan mengahwini hamba sahaya) bagi orang yang takut dan sukar menjaga diri (daripada zina) antara kamu. Dan jika kamu bersabar (itu) adalah lebih baik bagi kamu. Dan Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).
4-26: Dan Allah hendak menerangkan kepada kamu dan memberi petunjuk kepada kamu (mengenai) jalan orang yang sebelum kamu. Dan Dia (Allah) hendak menerima taubat kamu. Dan Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
4-27: Dan Allah hendak memberi taubat kepada kamu sedangkan orang yang menurutkan hawa nafsu hendak memesongkan kamu sejauh-jauhnya.
4-28: Allah hendak meringankan (tanggungan) kamu (kerana) manusia diciptakan (bersifat) lemah.
4-29: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu memakan harta sesama kamu secara salah, melainkan melalui perniagaan dengan suka sama suka antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh diri-diri kamu, sesungguhnya Allah adalah al-Rahim (Maha Mengasihani) terhadap kamu.
4-30: Dan sesiapa berbuat demikian dengan melanggar batasan yang hak (benar) dan berbuat aniaya, Kami (Allah) akan masukkannya ke dalam neraka. (Berbuat) yang demikian sangatlah mudah bagi Allah.
4-31: Jika kamu menghindarkan dosa-dosa besar yang kamu dilarang mengerjakannya, nescaya Kami (Allah) menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami (Allah) akan memasukkan kamu ke tempat yang mulia.
4-32: Dan janganlah kamu iri hari terhadap apa yang Allah kurniakan kepada sebahagian daripada kamu melebihi daripada sebahagian yang lain. Bagi laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi perempuan ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. Mohonkanlah kepada Allah sebahagian daripada kurniaan-Nya (kurniaan Allah), sesungguhnya Allah terhadap segala sesuatu adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui).
4-33: Dan untuk tiap-tiap orang Kami (Allah) telah adakan pewaris-pewarisnya terhadap apa yang ditinggalkannya, (iaitu) ibu bapa dan keluarga yang dekat, dan orang yang telah diikat dengan tangan kanan kamu (ikatan sumpah atau perjanjian), maka berikanlah bahagian mereka. Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu.
4-34: Laki-laki adalah pemimpin bagi perempuan-perempuan lantaran Allah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) daripada yang sebahagian (perempuan-perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) menafkahkan harta mereka. Perempuan ‘salihah’ (yang salih) ialah yang taat, yang memelihara perkara-perkara yang tersembunyi dengan cara yang dipeliharakan Allah. Dan perempuan-perempuan yang kamu khuatirkan ‘nusyuz’ (kederhakaan)nya, maka ajarilah mereka dan pisahkan diri daripada tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka kembali taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan buat menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Aliy (Maha Tinggi), lagi al-Kabir (Maha Besar).
4-35: Dan jika kamu khuatirkan perselisihan antara kedua-duanya (suami dan isteri), maka hendaklah kamu utuskan seorang pendamai daripada keluarga lelaki dan seorang pendamai daripada keluarga perempuan. Sekiranya kedua-duanya (pendamai itu) inginkan perdamaian nescaya Allah akan berikan taufik kepada mereka berdua (suami dan isteri itu). Sesungguhnya Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Khabir (Maha Mengenal).
4-36: Dan abdikan dirimu kepada Allah dan jangan kamu mempersekutukan-Nya (mempersekutukan Allah) dengan sesuatu; dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, keluarga yang hampir, anak-anak yatim, orang miskin, jiran yang dekat dan jiran yang jauh, sahabat handai, orang yang dalam perjalanan dan orang yang dimiliki oleh tangan kanan kamu (hamba sahaya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang menyombong dan membanggakan diri.
4-37: (Iaitu) orang yang bakhil dan menggalakkan orang lain menjadi bakhil juga, dan menyembunyikan kurniaan Allah yang diberikan kepada mereka. Dan Kami (Allah) sediakan bagi orang kafir itu azab yang menghinakan.
4-38: Dan (juga) orang yang membelanjakan harta mereka kerana riyak (mahu menunjuk-nunjuk), dan mereka tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan sesiapa yang menjadikan syaitan temannya, maka itulah sejahat-jahat teman.
4-39: Dan apakah (salahnya) jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka? Dan Allah terhadap keadaan mereka adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui).
4-40: Sesungguhnya Allah tidak menganiayakan seorang jua walaupun seberat zarah. Sekiranya ada bagi kamu kebaikan (walaupun seberat zarah) nescaya Dia (Allah) akan melipat-gandakan (balasan)nya, dan akan diberikan secara langsung daripada sisi-Nya (sisi Allah) pahala yang besar.
4-41: Bagaimanakah (nanti) apabila Kami (Allah) bawakan seorang saksi (rasul) kepada setiap umat, dan Kami (Allah) bawakan engkau (Muhammad saw) sebagai saksi untuk mereka (umat engkau)?
4-42: Pada hari (kiamat) itu orang kafir dan orang yang menderhakai rasul sangat ingin jika mereka disama ratakan dengan tanah lantaran mereka tidak berupaya menyembunyikan daripada Allah walaupun sepatah perkataan.
4-43: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dekati solat ketika kamu sedang mabuk sehinggalah kamu faham apa yang kamu ucapkan. Dan jangan juga (memasuki masjid) dalam keadaan junub, kecuali sekadar melintas sahaja, sehinggalah kamu mandi. Dan jika kamu dalam keadaan sakit atau sedang dalam perjalanan atau datang daripada tempat membuang air atau kamu menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak memperolehi air, maka bertayamumlah dengan tanah yang bersih (dengan) menyapukan muka kamu dan tangan kamu. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Afuw (Maha Pemaaf), lagi al-Ghafur (Maha Pengampun).
4-44: Tidakkah engkau perhatikan orang (Yahudi) yang diberikan sebahagian kitab, mereka membeli kesesatan dan mereka mahukan engkau sesat jalan?
4-45: Dan Allah lebih mengetahui siapakah musuh-musuh kamu. Dan cukuplah Allah menjadi al-Waliy (Pelindung) dan cukuplah Allah menjadi al-Nasir (Pembela).
4-46: Dan di kalangan orang Yahudi ada yang mengubah kalimah-kalimah (isi Tawrat) daripada tempatnya dan mereka katakan: “Kami mendengar tetapi kami menderhaka dan dengarlah (perkataan kami).” Padahal engkau (Muhammad saw) tidak didengar (oleh mereka) dan (mereka mengatakan) ‘ra’ina’ (peliharalah kami atau penggembala milik kami) dengan memutar-belitkan lidah mereka sambil mencela al-din (agama). Dan seandainya mereka mengatakan: “Kami mendengar dan kami mentaati, serta dengarlah dan ‘unzhurna’ (perhatikanlah kami atau bimbinglah kami),” tentulah (yang demikian) lebih baik buat mereka dan lebih lurus, tetapi Allah mengutuk mereka lantaran kekafiran mereka. Mereka tidak beriman kecuali sedikit.
4-47: Wahai Orang yang telah diberi kitab, berimanlah kamu kepada apa yang Kami (Allah) turunkan (al-Qur’an) yang bersesuaian dengan apa yang ada dengan kamu (Tawrat), sebelum Kami (Allah) hapuskan beberapa muka, lalu Kami (Allah) putarkan ke belakang atau Kami (Allah) kutuk mereka sebagaimana Kami (Allah) telah mengutuk orang yang (berbuat derhaka) pada hari Sabtu. Dan ketetapan Allah pasti terlaksana.
4-48: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan orang yang mempersekutukan-Nya (mempersekutukan Allah), dan Dia (Allah) bersedia mengampunkan selain yang demikian terhadap sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki. Dan sesiapa mempersekutukan Allah, sungguh dia telah melakukan dosa yang besar.
4-49: Tidakkah engkau perhatikan orang yang membersihkan diri mereka (mendakwa merekalah yang suci)? Sebenarnya Allah yang membersihkan sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki, dan mereka tidak akan dianiaya sedikit pun.
4-50: Perhatikanlah bagaimana mereka mengada-adakan dusta terhadap Allah, sedangkan yang demikian sudah cukup menjadi dosa yang nyata.
4-51: Tidakkah engkau perhatikan orang yang telah di beri sebahagian daripada kitab (orang Yahudi)? Mereka beriman kepada Jibti (kepercayaan sesat) dan Taghut (pengabdian kepada selain daripada Allah), dan mereka (orang yang diberikan kitab itu) mengatakan kepada orang kafir bahawa mereka (orang kafir) itu lebih benar jalannya daripada orang yang beriman.
4-52: Mereka itulah orang yang dikutuk oleh Allah, dan sesiapa dikutuk oleh Allah tentu sekali tidak akan ada penolong baginya.
4-53: Atau apakah ada bagi mereka bahagian daripada kekuasaan? Sekalipun (ada) demikian mereka tidak akan mendatangkan (kebajikan) kepada manusia walau sedikit jua.
4-54: Atau adakah mereka dengkikan manusia yang Allah berikan kurnia kepada mereka (manusia itu)? Sesungguhnya Kami (Allah) telah berikan kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami (Allah) telah berikan kepada mereka kerajaan yang besar.
4-55: Maka ada antara mereka yang beriman kepada-Nya (kepada Allah), dan ada juga di kalangan mereka yang menyimpang daripada-Nya (daripada Allah). Dan cukuplah (bagi mereka) Neraka Jahanam sebagai pembakar.
4-56: Sesungguhnya orang yang kufur terhadap ayat-ayat Kami (Allah), akan Kami (Allah) bakarkan mereka dengan api. Setiap kali hangus kulit mereka Kami (Allah) akan gantikan dengan kulit yang baharu agar mereka menanggung azab. Sesungguhnya Allah adalah al-’Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
4-57: Dan orang yang beriman dan beramal salih, akan Kami (Allah) masukkan mereka ke dalam jannah (taman/syurga) yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya, (dan lagi) di dalamnya mereka memperolehi isteri-isteri yang suci, dan Kami (Allah) masukkan mereka ke bawah naungan yang selesa.
4-58: Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu agar menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan apabila kamu menghukumkan antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan tunjuk-ajar yang sebaik-baiknya untuk kamu. Sesungguhnya Allah adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-Basir (Maha Melihat).
4-59: Wahai orang yang beriman! Taatilah kamu kepada Allah dan taatilah kamu kepada rasul dan ‘ulul-'amri’ (pentadbir) antara kamu. Sekiranya ada perselisihan mengenai sesuatu, hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Itulah yang paling elok dan (ianya) kesudahan yang paling baik.
4-60: Tidakkah engkau perhatikan orang yang mengaku bahawa mereka sudah beriman kepada apa yang diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum engkau, padahal mereka berhakimkan Taghut, sedangkan mereka sudah diperingatkan agar jangan mempercayainya (Taghut)? Dan syaitan bertujuan menyesatkan mereka (dengan) kesesatan yang sejauh-jauhnya.
4-61: Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah kepada (mentaati) apa yang telah diturunkan Allah dan (patuhlah) kepada rasul,” engkau dapat melihat orang munafik itu berpaling (dengan) sebenar-benar berpaling.
4-62: Maka bagimanakah (keadaannya) apabila mereka ditimpa musibah akibat perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepada engkau dengan bersumpah: “Demi Allah! Tujuan kami adalah kebaikan dan perdamaian.”
4-63: Mereka itulah orang yang (sebenarnya) Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu tinggalkanlah mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang memberi kesan kepada jiwa mereka.
4-64: Dan Kami (Allah) tidak mengutuskan seorang rasul melainkan supaya ditaati dengan izin Allah. Dan sekiranya setelah mereka menganiayai diri mereka sendiri, mereka datang kepada engkau, lalu memohonkan keampunan Allah, dan rasul juga memohonkan keampunan buat mereka, nescaya mereka akan dapati Allah itu al-Tawwab (Maha Penerima taubat), dan al-Rahim (Maha Mengasihani).
4-65: Maka sungguh tidak, demi Rab (Tuhan) engkau (Muhammad saw)! Tidaklah mereka (Ahli Kitab) itu beriman sehingga mereka menjadikan engkau (Muhammad saw) hakim dalam urusan yang mereka perselisihkan, kemudian itu mereka tidak keberatan menerima keputusan engkau (Muhammad saw), dan mereka ‘aslim’ (berserah diri), lagi taslim (menyerah dengan sungguh-sungguh).
4-66: Dan jika Kami (Allah) perintahkan kepada mereka: “Bunuhlah diri kamu atau keluarlah kamu dari kampung kamu,” nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali segolongan kecil daripada mereka. Dan sekiranya mereka mengamalkan pengajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah (yang demikian) lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan.
4-67: Dan jika (halnya) demikian, pasti Kami (Allah) berikan kepada mereka ganjaran yang banyak daripada sisi Kami (Allah).
4-68:  Dan pasti Kami (Allah) berikan mereka petunjuk kepada jalan yang lurus.
4-69: Dan sesiapa mentaati Allah dan rasul, mereka akan bersama-sama dengan orang yang telah diberikan nikmat oleh Allah, (iaitu) nabi-nabi, ‘siddiqin’ (orang yang benar), ‘syuhada’ (orang yang mati syahid) dan ‘salihin’ (orang yang salih). Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.
4-70: Yang demikian itulah kurniaan Allah. Dan memadailah dengan Allah itu al-‘Alim (Maha Mengetahui).
4-71: Wahai orang yang beriman! Siapkanlah kelengkapan kamu dan majulah (ke medan perang) secara berkelompok-kelompok atau majulah bersama-sama.
4-72: Dan sesungguhnya antara mereka ada yang (sengaja) tinggal di belakang, maka jika kamu ditimpa bencana dia berkata: “Sesungguhnya Allah telah memberi nikmat kepadaku kerana aku tidak ikut menyaksikan (berhadapan dengan musuh) bersama-sama mereka.”
4-73: Dan sekiranya kamu memperolehi kurniaan daripada Allah (mendapat kemenangan dan harta rampasan perang), tentu dia akan mengatakan seolah-olah tidak ada (hubungan) kasih saying antara kamu dengannya: “Alangkah bagusnya jika aku ada bersama-sama mereka, tentu aku juga mendapat keuntungan besar.”
4-74: Justeru, hendaklah orang yang menukarkan kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berjuang pada jalan Allah. Dan sesiapa berjuang pada jalan Allah, lalu terbunuh atau memperolehi kemenangan, maka Kami (Allah) akan berikan ganjaran yang besar.
4-75: Mengapa kamu tidak mahu berjuang pada jalan Allah dan (membela) orang yang ditindas (yang terdiri) daripada laki-laki, perempuan dan kanak-kanak, yang semuanya mendoakan: “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Keluarkanlah kami dari negeri ini yang penduduknya begitu zalim dan datangkanlah kepada kami pembela daripada sisi Engkau (sisi Allah).”
4-76: Orang yang beriman berjuang pada jalan Allah tetapi orang kafir berjuang pada jalan Taghut (yang dipertuhankan selain Allah). Maka perangilah pengikut-pengikut syaitan itu, sesungguhnya tipu-daya syaitan itu sangat lemah.
4-77: Tidakkah engkau perhatikan orang yang dikatakan kepada mereka: “Tahanlah tangan kamu (belum sampai masanya untuk berperang), dan dirikanlah solat serta keluarkanlah zakat.” Apabila (sampai) perintah diwajibkan berperang, tiba-tiba sebahagian daripada mereka menjadi takut kepada sesama manusia (musuh) seperti mereka takutkan Allah, atau lebih takut lagi, dan mereka berkata: “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Mengapa Engkau (Allah) wajibkan kami berperang, mengapa Engkau (Allah) tidak tangguhkan sehingga (sampai waktu) hampir ajal kami.” Katakanlah: “Kesenangan di dunia hanyalah sementara dan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dianiaya walau sedikit pun.”
4-78: Di mana sahaja kamu berada namun, kematian pasti menemui kamu, sekalipun kamu berada di dalam benteng yang kukuh. Dan jika mereka mendapat kebaikan mereka akan berkata: “Ini daripada Allah,” tetapi jika mereka mendapat bencana mereka akan mengatakan: “Ini daripada engkau (Muhammad saw).” Katakanlah: “Semuanya daripada Allah.” Mengapakah mereka itu (masih juga) hampir-hampir tidak memahami perkataan (pengajaran)?
4-79: Apa juga kebaikan yang kamu perolehi, ianya daripada Allah, dan apa juga bencana yang menimpa kamu, ianya daripada (akibat perbuatan) kamu sendiri. Dan Kami (Allah) telah utuskan rasul kepada manusia, dan memadailah Allah menjadi saksi.
4-80: Sesiapa mentaati rasul, sesungguhnya dia mentaati Allah tetapi sesiapa berpaling (enggan taat), maka Kami (Allah) tidak mengutuskan engkau (Muhammad saw) untuk menjadi pemelihara mereka.
4-81: Dan mereka itu berkata: “(Kami) taat,” tetapi apabila mereka berpisah daripada engkau sebahagian daripada mereka berbisik-bisik di malam hari (mengatakan) lain daripada apa yang mereka telah katakan. Dan Allah mencatatkan apa yang mereka bisikkan di malam hari itu. Lantaran itu berpalinglah engkau daripada mereka dan bertawakallah kepada Allah, memadailah Allah menjadi al-Wakil (Pembela).
4-82: Apakah mereka tidak mahu merenungkan al-Qur’an? Dan sekiranya ia (al-Qur’an) bukan daripada sisi Allah tentu mereka akan menemui percanggahan yang banyak di dalamnya.
4-83: Dan apabila datang perkhabaran kepada mereka mengenai keamanan atau kecemasan, mereka (segera) menyebarkannya, padahal jika mereka mengembalikannya kepada rasul dan ‘ulul-'amri’ (penguasa-penguasa) di kalangan mereka, nescaya penyiasat-penyiasat di kalangan mereka akan dapat menentukannya (kesahihan berita tersebut). Dan jika tidak kerana kurniaan dan rahmat Allah kepada kamu tentunya kamu akan mengikuti syaitan, kecuali sebahagian kecil (antara kamu).
4-84: Maka berjuanglah pada jalan Allah, tidaklah engkau dipertanggungjawabkan melainkan (kewajipan) terhadap diri engkau sendiri dan kerahkanlah orang yang beriman, mudah-mudahan Allah akan menyekat kemaraan orang kafir itu. Dan Allah adalah terlebih besar kekuatan-Nya (kekuatan Allah) dan terlebih keras (seksaan-Nya).
4-85: Dan sesiapa memberikan syafa’at (pertolongan) yang baik, nescaya dia akan memperolehi keuntungan daripadanya. Dan sesiapa memberikan syafa’at (pertolongan) yang buruk nescaya dia akan memikul (dosa) daripadanya. Dan Allah berkeupayaan pada segala perkara.
4-86: Dan apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan maka balaslah penghormatan itu secara yang lebih baik atau yang seumpamanya. Sesungguhnya Allah terhadap setiap sesuatu menghitung dengan cermat
4-87: Allah, tidak ada Ilah (Tuhan) melainkan Dia (Allah). Sesungguhnya Dia (Allah) akan mengumpulkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan tentangnya. Dan siapakah yang lebih benar ucapannya daripada Allah?
4-88: Maka mengapa kamu berpecah kepada dua golongan dalam (menghadapi) orang munafik itu, sedangkan Allah telah menjerumuskan mereka disebabkan usaha mereka sendiri? Adakah kamu ingin memberikan petunjuk kepada orang yang telah disesatkan Allah? Dan sesiapa disesatkan Allah, kamu tidak akan sekali-kali menemui jalan (memberi mereka petunjuk).
4-89: Mereka ingin agar kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, (dengan demikian) kamu menjadi sama dengan mereka. Lantaran itu janganlah kamu menjadikan mereka sebagai pemimpin, sehinggalah mereka berhijrah kepada jalan Allah. Sekiranya mereka berpaling, maka tawanlah dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemui mereka. Dan janganlah kamu mengambil daripada kalangan mereka sebagai pemimpin dan jangan (juga) pembantu.
4-90: Kecuali orang yang ada hubungan dengan satu kaum yang antara kamu dan kaum tersebut ada perjanjian (damai), atau mereka datang kepada kamu dalam keadaan hati mereka keberatan untuk memerangi kamu atau memerangi kaum mereka. Dan jika Allah kehendaki nescaya Dia (Allah) jadikan mereka berkuasa ke atas kamu, maka pastilah mereka memerangi kamu. Jika mereka membiarkan kamu dan tidak memerangi kamu serta menawarkan perdamaian, maka Allah tidak mengadakan jalan bagi kamu (buat memerangi dan membunuh) mereka.
4-91: Kamu (juga) akan menemui golongan lain yang menginginkan agar mereka aman daripada kamu dan aman (juga) daripada kaum mereka. Setiap kali mereka didatangkan fitnah (agar memusuhi orang yang beriman), mereka akan terjerumus ke dalamnya. Jika mereka tidak membiarkan kamu dan tidak (mahu) menawarkan perdamaian kepada kamu, juga (tidak) menahan tangan mereka (daripada menyakiti kamu), maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemui mereka, dan kerana mereka itulah Kami (Allah) jadikan untuk kamu kekuasaan yang nyata (dalam memerangi mereka).
4-92: Dan tidak sepatutnya seorang Mukmin membunuh seorang Mukmin (yang lain) kecuali kerana keliru, dan sesiapa terkeliru membunuh seorang Mukmin, maka (hendaklah) dia memerdekakan seorang hamba yang beriman dan membayar ‘diah’ (ganti-rugi) yang diberikan kepada keluarganya (orang yang terbunuh), kecuali mereka (keluarga tersebut) menyedekahkan (membebaskan si pembunuh daripada membayar diah). Tetapi jika  dia (orang yang terbunuh) itu seorang Mukmin daripada kaum yang memusuhi kamu, maka hendaklah memerdekakan hamba yang beriman. Dan jika dia (orang yang terbunuh) itu daripada kaum (kafir) yang ada perjanjian (damai) dengan kamu, maka (hendaklah) membayar diah yang diserahkan kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Sesiapa (si pembunuh) yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa selama dua bulan berturut-turut sebagai (peraturan) taubat daripada Allah. Dan Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
4-93: Dan sesiapa membunuh seorang Mukmin dengan sengaja, balasannya ialah Neraka Jahanam, kekal dia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya dan Dia (Allah) sediakan seksaan yang besar untuknya.
4-94: Wahai orang yang beriman! Apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan salam kepada kamu: “Kamu bukan orang Mukmin,” disebabkan kamu menginginkan kehidupan dunia (tidak mahu berkongsi harta rampasan perang), padahal di sisi Allah (terdapat) harta yang banyak. Begitu juga keadaan (kamu) dahulu, lalu Allah kurniakan nikmat kepada kamu, oleh itu telitilah. Sesungguhnya Allah adalah al-Khabir (Maha Mengenal) tentang apa yang kamu kerjakan.
4-95: Tidaklah sama antara orang yang duduk (tidak ikut berperang) di kalangan orang yang beriman tanpa sebarang halangan dengan orang yang berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga mereka. Allah melebihkan orang yang berjihad dengan harta benda dan jiwa raga mereka berbanding dengan orang yang duduk dengan kelebihan satu darjat. Dan masing-masing dijanjikan Allah dengan kebaikan. Dan Allah melebihkan orang yang berjihad dengan ganjaran yang besar.
4-96: (Iaitu) beberapa darjat daripada-Nya (daripada Allah), serta keampunan dan rahmat. Dan Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).
4-97: Sesungguhnya orang yang diterima oleh malaikat (apabila mereka meninggal dunia) dalam keadaan mereka menganiayai diri sendiri, akan ditanya (oleh malaikat): “Bagaimanakah perihal kamu?” Mereka menjawab: “Kami adalah orang yang tertindas di bumi.”  Mereka (malaikat) berkata: “Bukankah bumi Allah ini luas, mengapa kamu tidak berhijrah padanya?” Maka mereka itu ditempatkan di Neraka Jahanam, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali.
4-98: Kecuali orang yang tertindas daripada laki-laki, perempuan-perempuan dan kanak-kanak yang tiada ada daya dan upaya dan tidak menemui jalan (untuk berhijrah).
4-99: Dan (bagi) mereka itu, mudah-mudahan Allah memaafkan mereka, dan Allah adalah al-‘Afuw (Maha Pemaaf), lagi al-Ghafur (Maha Pengampun).
4-100: Dan sesiapa berhijrah pada jalan Allah, nescaya dia akan menemui pada bumi ini tempat perlindungan yang banyak dan (rezeki) yang luas. Dan sesiapa keluar daripada rumahnya berhijrah kepada Allah dan rasul-Nya (rasul Allah), kemudian dia menemui ajal, maka telah tersedia untuknya pahala di sisi Allah. Dan Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).
4-101: Dan apabila kamu bermusafir di bumi, maka tidak berdosa bagi kamu mengqasarkan (memendekkan) solat kamu, jika kamu takut akan diganggu oleh orang kafir. Sesungguhnya orang kafir itu adalah musuh kamu yang nyata.
4-102: Dan apabila engkau berada bersama-sama mereka (di medan perang), lalu engkau hendak mendirikan solat dengan mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (mengerjakan solat) bersama engkau dengan memegang senjata mereka. Setelah mereka sujud (menyempurnakan satu raka'at), hendaklah mereka berada (berundur) di belakang engkau (menghadapi musuh), dan hendaklah datang segolongan lain yang belum mendirikan solat lalu mereka mendirikan solat bersama-sama engkau. Dan hendaklah mereka berwaspada dengan memegang senjata mereka. Orang kafir inginkan kamu lalai daripada senjata kamu dan harta benda kamu, agar mereka dapat menyerang kamu dengan sekaligus. Dan tidak berdosa atas kamu sekiranya kamu meletakkan senjata kamu kerana ada halangan seperti hujan atau kamu sakit, tetapi hendaklah kamu tetap berwaspada. Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang menghinakan buat orang kafir itu.
4-103: Dan apabila kamu telah menyelesaikan solat kamu, ingatlah kepada Allah ketika berdiri, ketika duduk dan ketika kamu (berbaring) atas rusuk kamu. Kemudian apabila keadaan kamu sudah aman maka dirikanlah solat kamu (secara biasa). Sesungguhnya solat itu bagi orang yang beriman merupakan kewajipan yang ditentukan waktunya.
4-104: Dan janganlah kamu lemah semangat di dalam mengejar kaum itu (musuh kamu), kerana jika kamu menderita sakit mereka juga menderita sakit seperti kamu, sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan. Dan Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
4-105: Sesungguhnya Kami (Allah) telah turunkan kitab (al-Qur’an) itu kepada engkau (Muhammad saw) dengan kebenaran supaya engkau mengadili (urusan) manusia menurut apa yang Allah perlihatkan kepada engkau. Dan janganlah engkau membela orang yang khianat itu.
4-106: Dan mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).
4-107: Dan janganlah engkau membela orang yang mengkhianati diri mereka, sesungguhnya Allah tidak menyukai pengkhianat yang bergelumang dengan dosa.
4-108: Mereka bersembunyi daripada manusia tetapi tidak bersembunyi daripada Allah. Dan Dia (Allah) ada bersama mereka tatkala mereka menyusun (rancangan) pada malam hari, (iaitu) perkataan yang Allah tidak reda. Dan Allah terhadap apa yang mereka kerjakan adalah al-Muhit (Maha Meliputi).
4-109: Hah! Itulah kamu, orang yang telah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia, maka siapakah yang akan membela mereka pada hari kiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka?
4-110: Dan sesiapa melakukan kejahatan atau menganiayai diri sendiri, kemudian dia memohonkan keampunan daripada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah itu al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).
4-111: Dan sesiapa melakukan (perbuatan) dosa, maka usahanya itu hanya akan (memudaratkan) dirinya sendiri. Dan Allah itu al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
4-112: Dan sesiapa melakukan kesalahan atau dosa, kemudian dia menuduhkannya kepada orang yang bersih (tidak bersalah), maka sesungguhnya dia telah memikul suatu kedustaan dan dosa yang nyata.
4-113: Dan sekiranya bukan kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya (rahmat Allah) kepada engkau (Muhammad saw), tentulah sebahagian daripada mereka berhasrat menyesatkan engkau, tetapi mereka tidak menyesatkan (sesiapa) melainkan diri mereka sendiri; dan mereka tidak dapat memudaratkan engkau walaupun sedikit. Dan Allah telah menurunkan kitab (al-Qur’an) dan hikmah kepada engkau dan Dia (Allah) telah mengajarkan engkau apa yang belum engkau ketahui. Dan kurnia Allah kepada engkau itu sangatlah besar.
4-114: Tidak terdapat kebaikan pada kebanyakan daripada bisik-bisikan mereka itu, kecuali orang yang mengajak kepada bersedekah atau perbuatan yang baik, atau menganjurkan perdamaian sesama manusia. Dan sesiapa berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, nescaya Kami (Allah) akan memberikannya pahala yang besar.
4-115: Dan sesiapa memusuhi rasul sesudah jelas petunjuk baginya, dan diikutinya jalan yang bukan jalan orang beriman, maka Kami (Allah) akan palingkannya kepada (apa) yang dia berpaling (bertambah jauh daripada kebenaran), dan Kami (Allah) akan masukkannya ke dalam Neraka Jahanam; itulah seburuk-buruk tempat kembali.
4-116: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa mempersekutukan-Nya (mempersekutukan Allah), dan Dia (Allah) mengampuni yang selain itu bagi sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki. Dan sesiapa mempersekutukan Allah, sesungguhnya dia telah sesat sesesat-sesatnya.
4-117: Apa yang mereka pertuhankan selain Dia (Allah) hanyalah berhala-berhala, dan tidak ada yang mereka mengabdikan diri melainkan syaitan yang derhaka.
4-118: Allah telah melaknatnya dan dia (syaitan) berkata: “Aku akan tarik daripada hamba-hamba Engkau (Allah) bahagian yang sudah ditentukan.”
4-119: “Dan aku (syaitan) akan sesatkan mereka, aku akan janjikan angan-angan kosong kepada mereka dan sungguh aku (syaitan) mahu menguasai mereka. Aku (syaitan) akan menyuruh mereka memotong telinga binatang ternakan, dan mengubah ciptaan Allah (mengada-adakan upacara ibadat).” Dan sesiapa menjadikan syaitan sebagai pelindung selain daripada Allah, sesungguhnya rugilah dia, kerugian yang nyata sekali.
4-120: Dia (syaitan) menaburkan janji-janji dan angan-angan kosong dan tidak ada yang dijanjikan syaitan kecuali tipuan belaka.
4-121: Mereka itu tempat kembalinya ialah Neraka Jahanam, dan mereka tidak dapat lepas (lari) daripadanya.
4-122: Dan orang yang beriman dan beramal salih, Kami (Allah) akan masukkan mereka ke dalam jannah (taman/syurga) yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan janji Allah itu benar, dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?
4-123: Bukanlah (menurut) angan-angan kamu dan bukan pula (menurut) angan-angan Ahli Kitab (tentang siapakah yang lebih mendapat petunjuk). Sesiapa melakukan kejahatan, akan dibalas dengan (kejahatan) itu dan dia tidak akan menemui pelindung atau pembela selain daripada Allah.
4-124: Dan sesiapa melakukan amal salih, baik lelaki atau perempuan, mereka akan masuk jannah (taman/syurga) dan mereka tidak akan dianiaya walaupun sedikit.
4-125: Dan siapakah yang lebih baik al-din (agama)nya daripada orang yang ‘aslim’ (menyerahkan) wajah (diri)nya kepada Allah, malah dia juga mengerjakan kebajikan dan mengikuti milah (agama) Ibrahim yang lurus? Dan Allah menjadikan Ibrahim (sebagai) Khalil-Nya (kesayangan Allah).
4-126: Dan kepunyaan Allah apa yang di langit dan di bumi dan Allah terhadap segala sesuatu adalah al-Muhit (Maha Meliputi).
4-127: Dan mereka meminta fatwa kepada engkau tentang perempuan-perempuan. Katakanlah: “Allah memberikan fatwa kepada kamu tentang mereka, dan apa yang dibacakan kepada kamu dalam kitab (al-Qur’an) mengenai anak-anak yatim perempuan yang kamu tidak berikan kepada mereka apa yang menjadi hak mereka, sedangkan kamu mahu mengahwini mereka, dan (juga) mengenai anak-anak yang lemah. Dan hendaklah kamu uruskan anak-anak yatim secara adil. Dan apa jua kebaikan yang kamu lakukan, sesungguhnya Allah mengetahuinya.
4-128: Dan jika seorang perempuan bimbang (berlaku) ‘nusyuz’ (kebencian) daripada suaminya, atau (suaminya) tidak memperdulikannya, maka tidak mengapa kedua-duanya mengadakan persefahaman dengan suatu perdamaian, dan perdamaian adalah (jalan) yang baik, dan lumrahnya manusia (bersifat) degil. Dan jika kamu berbuat baik dan bertakwa, sesungguhnya Allah itu al-Khabir (Maha Mengenal) tentang apa yang kamu lakukan.
4-129: Dan kamu tidak berupaya berlaku adil antara perempuan-perempuan (isteri-isteri kamu), walaupun kamu mencuba (sedaya upaya). Oleh itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada isteri yang kamu sukai) sehingga kamu membiarkan (isteri yang lain) terabai. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri, sesungguhnya Allah itu al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).
4-130: Dan jika kedua-duanya bercerai, maka Allah akan mencukupkan masing-masing dengan kurnia-Nya (kurnia Allah). Dan Allah itu al-Wasi’ (Maha Luas), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
4-131: Dan kepunyaan Allah apa yang di langit dan di bumi. Dan Kami (Allah) telah memperingatkan orang yang diberi kitab sebelum kamu, dan kepada kamu juga supaya bertakwa kepada Allah. Dan jika kamu kufur maka sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang di langit dan di bumi. Dan Allah itu al-Ghaniy (Maha Kaya), lagi al-Hamid (Maha Terpuji).
4-132: Dan kepunyaan Allah apa yang di langit dan di bumi, dan cukuplah Allah sebagai al-Wakil (Pelindung).
4-133: Jika Allah kehendaki, Dia (Allah) boleh menghapuskan kamu wahai manusia! Dan Dia (Allah) boleh mendatangkan (umat) yang lain. Dan Allah itu al-Qadir (Maha Berkuasa) berbuat demikian.
4-134: Sesiapa inginkan pahala dunia, maka pada sisi Allah ada pahala dunia dan akhirat. Dan Allah itu al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-Basir (Maha Melihat).
4-135: Wahai orang yang beriman! Jadilah kamu orang yang menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah sekalipun terhadap diri sendiri atau ibu bapa dan kaum keluarga kamu. Jika dia kaya atau miskin, maka Allah lebih dekat dengan keduanya (Allah lebih penting). Lantaran itu janganlah kamu menurut hawa nafsu (yang menyebabkan) kamu berpaling (tidak berlaku adil). Sesungguhnya Allah itu al-Khabir (Maha Mengenal) terhadap apa yang kamu lakukan.
4-136: Wahai orang yang beriman! Berimanlah kepada Allah dan rasul-Nya (rasul Allah) dan kepada kitab yang Dia (Allah) turunkan sebelum itu. Dan sesiapa yang kafir terhadap Allah, para malaikat-Nya (malaikat Allah), kitab-kitab-Nya (kitab-kitab Allah), para rasul-Nya (rasul Allah) dan hari akhirat maka sesatlah dia sesesat-sesatnya.
4-137: Sesungguhnya orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman semula, kemudian kembali kafir dan bertambah-tambah kekafirannya, maka Allah tidak akan sekali-kali mengampunkan mereka dan tidak akan memberi mereka petunjuk kepada jalan yang benar.
4-138: Khabarkan kepada orang munafik itu bahawa mereka akan mendapat azab yang tidak terperi sakitnya.
4-139: (Iaitu) orang yang menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, yang bukan dari kalangan orang yang beriman. Apakah mereka (orang munafik) itu mahu mencari kemuliaan pada sisi mereka (orang kafir) itu, sedangkan kemuliaan itu hanyalah milik Allah semuanya?
4-140: Dan sesungguhnya Dia (Allah) telah menurunkan di dalam kitab (al-Qur’an) bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah dilingkari dan dipersendakan, maka janganlah kamu duduk beserta mereka sehingga mereka menukarkan perbualan (kepada hal yang lain), kerana (jika kamu beserta mereka), di waktu itu kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam semuanya.
4-141: (Iaitu) orang yang menanti-nanti (peristiwa) yang akan berlaku ke atas engkau. Jika engkau mendapat kemenangan daripada Allah mereka akan berkata (kepada kaum Muslimin): “Bukankah kami juga beserta kamu?” Dan jika orang kafir yang mendapat kemenangan, mereka akan berkata (kepada kaum kafir): “Bukankah kami telah (membantu) memenangkan kamu dan membela kamu daripada orang Mukmin?” Maka Allah akan memutuskan (hal) kamu di hari kiamat. Dan Allah tidak akan sekali-kali memberi jalan kepada orang kafir untuk (menghapuskan) orang yang beriman.
4-142: Sesungguhnya orang munafik itu (mahu) menipu Allah, lantas Allah membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka menonjol-nonjolkan (solat mereka) kepada manusia dan tidaklah mereka mengingati Allah kecuali sedikit.
4-143: Mereka berada dalam keadaan terumbang-ambing di antara yang demikian (beriman atau kufur), tidak kepada mereka itu (orang Mukmin) dan tidak kepada mereka itu (orang kafir). Dan sesiapa disesatkan Allah maka tidak ada baginya jalan.
4-144: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, yang bukan dari kalangan orang yang beriman. Apakah kamu mahu ada alasan yang nyata bagi Allah (buat menyeksa kamu)?
4-145: Sesungguhnya orang munafik (ditempatkan) di tingkat yang paling bawah di dalam neraka. Dan kamu tidak akan menemui seorang penolong jua buat mereka.
4-146: Kecuali orang yang telah bertaubat dan melakukan perbaikan dan berpegang teguh dengan Allah dan mereka ikhlaskan al-din (agama) kerana Allah (semata-mata). Mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang beriman dan Allah akan memberikan kepada orang yang beriman itu ganjaran yang besar.
4-147: Buat apa Allah menyeksa kamu jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah itu al-Syakur (Maha Mensyukuri), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui).
 
JUZUK 6
4-148: Allah tidak menyukai perkataan-perkataan yang buruk (disebarkan), kecuali (oleh) orang yang teraniaya. Dan Allah itu al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui).
4-149: Jika kamu perlihatkan suatu kebaikan, atau kamu menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah adalah al-‘Afuw (Maha Pemaaf), lagi al-Qadir (Maha Berkuasa).
4-150: Sesungguhnya orang yang kufur kepada Allah dan para rasul-Nya (rasul Allah), dan mereka mahu memisahkan Allah dengan para rasul-Nya (rasul Allah) dengan berkata: “Kami beriman kepada sebahagian (daripada para rasul) dan kami kufur dengan sebahagian yang lain,” dan mereka bertujuan mengambil jalan (lain yang mereka ada-adakan sendiri) di antara yang demikian itu (iman dan kufur).
4-151: Itulah orang yang sebenar-benarnya kafir, dan Kami (Allah) sediakan buat orang kafir itu azab yang menghinakan.
4-152: Dan orang yang beriman kepada Allah dan para rasul-Nya (rasul Allah) serta tidak membeza-bezakan antara mereka (para rasul itu), akan diberikan kepada mereka ganjaran mereka. Dan Allah itu al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).
4-153: Ahli Kitab meminta kepada engkau (Muhammad saw) agar diturunkan terus kepada mereka sebuah kitab dari langit. Sesungguhnya mereka telah meminta yang lebih besar lagi kepada Musa, mereka berkata: “Perlihatkan Allah kepada kami secara terang-terangan.” Mereka telah disambar petir kerana kezaliman mereka. Kemudian mereka mempertuhankan anak sapi sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas, lalu Kami (Allah) maafkan (mereka) dan Kami (Allah) berikan kepada Musa kekuasaan yang nyata.
4-154: Dan Kami (Allah) angkatkan gunung ke atas mereka, buat mengambil janji mereka, dan Kami (Allah) katakan kepada mereka: “Masukilah pintu gerbang itu dalam keadaan bersujud.” Dan Kami (Allah) telah katakan kepada mereka: “Janganlah kamu melanggar (peraturan) hari Sabtu.” Dan Kami (Allah) telah mengambil perjanjian yang teguh daripada mereka.
4-155: Maka (Allah mengutuk mereka) kerana mereka memungkiri perjanjian mereka, dan mereka kufur kepada ayat-ayat Allah, mereka membunuh nabi-nabi tanpa hak (dengan tidak benar) dan mereka katakan: “Hati kami tertutup,” bahkan (sebenarnya) Allah telah memetraikannya (hati mereka) kerana kekufuran mereka, maka mereka tidak akan beriman melainkan sedikit.
4-156: Dan (juga) kerana kekufuran mereka dan perkataan (tuduhan) mereka terhadap Maryam (yang merupakan) pembohongan yang besar.
4-157: Dan (kerana) perkataan mereka: “Kami telah membunuh Almasih ‘Isa ‘ibn Maryam, rasul Allah,” sedangkan mereka tidak membunuhnya dan tidak (juga) menyalibnya, tetapi diserupakan (dengan ‘Isa) bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu). Dan sesungguhnya orang yang berselisih faham mengenainya (pembunuhan ‘Isa) benar-benar dalam keraguan tentang perkara (orang yang dibunuh itu). Mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, kecuali (mereka) menurut sangkaan semata-mata dan mereka tidak yakin telah membunuhnya (‘Isa).
4-158: Tetapi (sebenarnya) Allah telah mengangkat ‘Isa kepada-Nya (kepada Allah). Dan Allah itu al-’Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
4-159: Dan tiada seorang jua Ahli Kitab kecuali (satu waktu) dia akan percaya (menurut yang sebenarnya) kepadanya (‘Isa) sebelum kematiannya (Ahli Kitab itu). Dan pada hari kiamat nanti dia (‘Isa) akan menjadi saksi terhadap mereka.
4-160: Disebabkan kezaliman orang Yahudi, maka Kami (Allah) mengharamkan bagi mereka beberapa perkara yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan (juga) kerana mereka berpaling daripada jalan Allah dengan sungguh-sungguh.
4-161: Dan (juga kerana) mereka memakan riba, sedangkan mereka sudah dilarang berbuat demikian dan kerana mereka memakan harta orang lain secara salah. Dan Kami (Allah) telah sediakan untuk orang kafir antara mereka itu azab yang pedih.
4-162: Tetapi orang yang mendalam ilmunya di kalangan mereka, dan orang Mukmin, mereka beriman kepada (al-Qur’an) yang diturunkan kepada engkau (Muhammad saw) dan kepada apa yang diturunkan sebelum engkau, dan orang yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Mereka itulah yang Kami (Allah) akan berikan ganjaran yang besar.
4-163: Sesungguhnya Kami (Allah) mewahyukan kepada engkau (Muhammad saw) sebagaimana Kami (Allah) telah mewahyukan kepada Nuh dan nabi-nabi sesudahnya. Dan Kami (Allah) telah mewahyukan (juga) kepada Ibrahim, Isma’el, Ishaq, Ya’qub dan anak cucunya, ‘Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan Sulaiman. Dan Kami (Allah) telah berikan Zabur kepada Daud.
4-164: Dan (perihal sebahagian daripada) para rasul, sungguh Kami (Allah) telah menceritakan kepada engkau (Muhammad saw) sebelum ini dan (ada sebahagian daripada) para rasul yang Kami (Allah) tidak ceritakan kepada engkau. Dan Allah telah berkata-kata dengan Musa secara langsung.
4-165: Beberapa rasul (Allah utuskan) membawa berita gembira dan berita ancaman agar manusia tidak ada alasan terhadap Allah sesudah para rasul itu. Dan Allah itu al-’Aziz (Maha Gagah), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
4-166: Tetapi Allah menyaksikan (memperakui bahawa) yang diturunkan (al-Qur’an) kepada engkau (Muhammad saw) itu diturunkan dengan ilmu-Nya (ilmu Allah) dan para malaikat menjadi saksi, padahal cukuplah (jika) Allah (sahaja) menjadi saksi.
4-167: Sesungguhnya orang yang kafir dan berpaling daripada jalan Allah, sungguh mereka itu telah sesat sejauh-jauhnya.
4-168: Sesungguhnya orang yang kafir dan mereka berbuat kezaliman, Allah tidak akan mengampunkan mereka dan tidak akan menunjukkan jalan kepada mereka.
4-169: Kecuali jalan ke Neraka Jahanam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan (untuk berbuat) yang demikian sangatlah mudah bagi Allah.
4-170: Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada kamu seorang rasul (Muhammad saw) dengan kebenaran daripada Rab (Tuhan) kamu, maka berimanlah kamu, itulah yang sebaik-baiknya bagi kamu. Tetapi jika kamu enggan percaya, sesungguhnya kepunyaan Allah segala yang di langit dan di bumi. Dan Allah itu al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
4-171: Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau-lampau pada al-din (agama) kamu dan janganlah kamu berkata atas (nama) Allah melainkan yang benar. Sesungguhnya ‘Isa ‘ibn Maryam itu tidak lain melainkan seorang rasul Allah dan kalimah-Nya (kalimah Allah) yang Dia (Allah) letakkan kepada Maryam dan (tiupan) daripada Roh-Nya (Roh Allah). Berimanlah kamu kepada Allah dan para rasul-Nya (rasul Allah) dan janganlah kamu katakanlah: “Tiga!” Hentikan (yang demikian), itu lebih baik bagi kamu. Sesungguhnya Allah itu tidak lain melainkan Ilah (Tuhan) al-Wahid (Yang Esa). Subhanahu (Maha Suci Dia, iaitu Allah) daripada mempunyai anak. Kepunyaan Allah apa yang di langit dan di bumi dan memadailah Allah sebagai al-Wakil (Pelindung).
4-172: Sekali-kali Almasih tidak berasa malu bahawa dia adalah hamba Allah, dan (begitu juga) para malaikat yang hampir (dengan Allah). Dan sesiapa berasa malu beribadah kepada-Nya (kepada Allah) dan menyombongkan diri, maka Dia (Allah) akan mengumpulkan mereka semua kepada-Nya (kepada Allah).
4-173: Maka perihal orang yang beriman dan beramal salih (pula), Dia (Allah) akan menyempurnakan bagi mereka ganjaran mereka dan Dia (Allah) akan tambahkan kurniaan-Nya (kurniaan Allah) kepada mereka. Dan perihal orang yang berasa malu dan menyombongkan diri, maka Dia (Allah) akan mengazab mereka dengan azab yang pedih. Dan mereka tidak akan menemui sebarang pelindung selain daripada Allah, dan tidak (juga) seorang penolong.
4-174: Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada kamu keterangan daripada Rab (Tuhan) kamu, dan Kami (Allah) telah menurunkan kepada kamu cahaya yang nyata.
4-175: Dan perihal orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada-Nya (kepada Allah), maka Dia (Allah) akan memasukkan mereka ke dalam rahmat dan kurnia-Nya (kurnia Allah), dan Dia (Allah) akan memberikan mereka petunjuk kepada jalan yang lurus (menuju) kepada-Nya (kepada Allah).
4-176: Mereka meminta fatwa kepada engkau, katakanlah: “Allah memfatwakan kepada kamu mengenai ‘kalalah’, (iaitu) jika seseorang yang meninggal dunia tidak mempunyai anak, sedangkan dia mempunyai saudara perempuan, maka untuknya (saudara perempuan itu) separuh daripada harta yang ditinggalkan itu. Dan saudara laki-laki mewarisinya (semua harta saudara perempuan itu) jika dia (saudara perempuan itu) tidak mempunyai anak. Jika mereka (saudara perempuan) itu ada dua orang, maka bahagian keduanya ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan. Dan jika mereka (ahli waris itu) adalah laki-laki dan perempuan, maka bahagian seorang laki-laki sebanyak dua orang perempuan. Allah menerangkan kepada kamu agar kamu tidak tersesat. Dan Allah itu al-‘Alim (Maha Mengetahui) terhadap segala sesuatu.