Khamis, 10 Mac 2011

Jangan mudah percaya

emm syukur alhamdulillah akhir nye sume crite2 ku slama ni dlm kalangan kawan2 trbukti adalah salah..
selama ini aku malu n sntiasa mnyalahkan diri sndiri tntang kesilapan yang pernah ku lakukan tahun lpas. tapi yang aku x sangka orang yang menyebarkan fitnah ke atas diriku ini.. org yg aku dah anggap seperti saudara ku sendiri dan orang yang paling aku percayai..x sangka aku dia sanggup memfitnah diriku ini. Semua rahsia yang ku kongsi bersamanya tersebar di kalangan rakan-rakanku. Ntahlah aku sendiri tak tau apa salah ku sehingga dia membuat sedemikian. Selama ini aku turut kan saje kemahuan nye..ini balasan yang aku terima..Aku tak tau dia manusia jenis apa..sanggup memperlakukan kawan dia sendiri. Sekarang ni hubungan kiteorang dah tak macam dulu. Aku lebih suka menyendiri dan pergi ke mana2 tanpa teman. Aku lebih selesa seperti sekarang ni. Aku tak tau perlu ke aku memaafkan kesilapannya..padahal Nabi Muhammad S.A.W memaafkan orang yang pernah berbuat jahat kepadanya. Hati aku terlalu sakit mengenangkan semua itu. Aku tau semua itu adalah ujian dari Allah Yang Maha Kuasa. Dia takkan uji seseorang umat itu jika umat itu tidak mampu menghadapinya.
Tak kiralah orang itu dari family kite or kawan karib sekalipun, janganlah mudah mempercayai mereka. Kadang-kadang mereka ini hanya talam dua muka..depan cakap lain belakang cakap lain.
~Sekian~