Jumaat, 22 April 2011

miss my family so much

Selamat Pagi..
Hari ini aku nak pergi ke library tapi geng-geng library ku semuanya ada paper exam arini. Haiii terpaksa la aku tangguhkan niat itu dulu. Malam tadi mak tepon. Miss my mum so much...and also my anak buah, Amirul. Ohh God miss themm so much. walaupun hanye dapat borak kejap je tapi dah cukup bagi aku. Aku jugak ada bagitau yang ada orang nak tolong aku tapi aku tak bagitau sape lagi. Biarlah ianya menjadi rahsiaku seorang. But i also miss him so much..bila dia nak balik ni...x sabar nak chat dengan dia. Dia la teman ku untuk berborak sekarang. Yang semua nye macam biskut chipsmore kejap ada kejap takde..kadang
-kadang aku sendiri keliru. betul ke diorang ni sayang kan aku kalo sayang mesti selalu contact aku kan..ni hampir seminggu lebih tak contact..pastu senang je bagi alasan sibuk. Orang lain pun sibuk jugak tapi ada masa nak contact tanya khabar sihat ke tak...
Pagi ni aku bangun awal..biasa la kan aku akan on9 kat luar and time buka pintu tue keluar lah bunyi yang agak bingit sikit..aku buat donoh jela..smpai la aku nak pergi mandi aku nak buka pintu almari..lagi sekali bunyi yang agak kuat keluar..apalagi melenting la dia..cakap memekak. Padahal diri sendiri pun same je jugak. Selalu tu kol tengah malam cakap kuat-kuat boleh pulak langsung tak hiraukan yang aku nak tidur ni. Tapi aku masih boleh sabar dan diam lagi. Kalo ikut hati aku ni dah lama aku maki hamun dia tapi bila ingat kembali sunnah Rasulullah aku kembali beristighfar. Biarlah dia nak buat apa yang dia suka aku malas nak layan lagi. Tapi jangan sampai wat aku mula membenci dirimu. Sekali aku benci selama-lamanya aku takkan ambik tau pasal seseorang tue walaupun dalam hati bicara lain. Aku lebih senang macam ni menyendiri dan mendiamkan diri sendiri..Sabarlah wahai hati setiap dugaan yang datang pasti ada hikmahnya. Biarlah dia nak kata apa pun hanya Allah yang akan balas semua itu. Kiter hanya mampu berdoa agar Allah beri kite kekuatan dan ketenangan dalam hati ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan